fbpx

Majlis Perbandaran Klang diisytihar Majlis Bandaraya Diraja Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin berkenan mengalungkan kalung rasmi Datuk Bandar dan mengurniakan watikah perisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang kepada Noraini pada majlis di Klang hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Sultan Sharafuddin bertitah, pengisytiharan dan penetapan itu bermula pada 23 November tahun lalu.

“Beta dengan ini mengisytiharkan dan menetapkan bahawa Majlis Perbandaran Klang, bermula pada 23 November 2023 akan menjadi sebuah Bandar Raya Diraja buat selama-lamanya dan hendaklah disebut sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang

“Oleh yang demikian, gelaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, hendaklah ditafsirkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang.

“Manakala Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Klang, hendaklah ditafsirkan sebagai Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang,” titah baginda pada majlis pengisytiharan tersebut di sebuah hotel di sini, hari ini.

Baginda turut berkenan melantik Datin Paduka Noraini Roslan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang mengikut Subseksyen 10 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pengisytiharan tersebut menjadikan Klang adalah Bandaraya Diraja pertama di Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja ketiga di Malaysia selain Bandaraya Alor Setar dan Bandaraya Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI