fbpx

Budak 6 tahun maut, bapa cedera motosikal rempuh Mitsubishi Xpander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal yang mengalami kerosakan selepas terlibat kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah ( MRR2) dari arah Sungai Besi menghala Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR 2) dari arah Sungai Besi menghala Cheras, di sini hari ini.

Dalam kemalangan sama, bapa kanak-kanak perempuan itu yang juga pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) turut mengalami kecederaan patah tangan kanan dan kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian pukul 8.50 pagi tadi membabitkan sebuah motosikal jenis Honda dan sebuah kereta jenis Mitsubishi Xpander.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu kereta sedang bergerak lurus di lorong paling kiri.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta tersebut telah dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal Honda yang dinaiki seorang lelaki dan dibonceng seorang kanak-kanak perempuan.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal bersama pembonceng telah terjatuh ke atas jalan dilorong yang sama dan mengalami kecederaan.

“Aliran trafik semasa kejadian bergerak perlahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, bapa mangsa yang berusia 42 tahun serta anak perempuannya berusia enam tahun dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk mendapatkan rawatan.

“Pembonceng motosikal iaitu anaknya telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan patah tangan kanan dan tangan kiri.

“Pemandu kereta seorang wanita berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelas Sarifudin, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI