fbpx

Yakin sungguh Hael Husaini!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAEL HUSAINI kini laris menjadi model banyak jenama popular dunia.

DIVA pula yang tersipu-sipu malu apabila penyanyi Hael Husaini tayang ‘aset’nya untuk satu sesi fotografi bersama sebuah jenama fesyen terkenal antarabangsa.

Dalam sesi fotografi yang diadakan di Milan, Itali itu, Hael bersahaja mempamerkan dada sehingga menampakkan bahagian yang barangkali agak sensitif bagi tatapan orang kita.

Ada yang suka, ada juga yang mengecam apabila tidak sangka penyanyi yang sebelum ini dikenali sebagai ‘oppa Malaysia’ itu berani untuk menayang bahagian tersebut. Diva nak sebut pun rasa malu, panggil ‘chipsmore’ sajalah!

Tapi rata-rata peminatnya memuji Hael apabila menyifatkan penyanyi itu benar-benar seksi. Tidak kiralah sama ada peminat wanita mahu pun lelaki. Dua-dua sama naik gilakan Hael.

Untuk netizen yang tidak faham, itulah kerja seni namanya.

Nasib baik Hael tidak disuruh memakai seluar dalam sahaja. Mahu pengsan Diva dibuatnya.

DIVA: Ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila Raff Yaakob dapat bergambar dengan idolanya, bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI