fbpx

Umum kadar elaun on-call doktor tidak lama lagi – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly ketika berucap di sidang akhbar Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Komune Living & Wellness, Bandar Tun Razak, di sini hari ini. FOTO oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) telah meneliti serta memperhalusi isu elaun tugas atas panggilan (on-call) untuk doktor perubatan yang kali terakhir disemak pada tahun 2012.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM bakal membuat pengumuman berkenaan isu tersebut dalam masa terdekat.

“Kami telah berbincang mengenai isu tersebut dan saya sudah lihat penyelesaiannya. Pengumuman bakal dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan sedikit masa lagi,” ulasnya.

Beliau berkata demikian pada di sidang akhbar, Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Komune Living & Wellness, Bandar Tun Razak, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan KKM mengumumkan ia akan mengekalkan elaun semasa tugas atas panggilan untuk doktor kerana ia dianggap mencukupi berikutan elaun sedia ada yang disediakan.

Ini termasuk RM750 sebulan untuk insentif perkhidmatan kritikal; bayaran insentif pakar (RM2,200 hingga RM3,100 sebulan, bergantung kepada gred) dan elaun pegawai perubatan yang bertugas selepas waktu pejabat di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital (RM80 sejam). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI