fbpx

Mahu untung RM2 juta, tetapi lesap hampir RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang ahli perniagaan kerugian RM688,300 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mangsa menyedari tertipu apabila dia bukan sahaja gagal mengeluarkan keuntungan RM2 juta dijanjikan malah disekat daripada mengakses laman web syarikat pelaburan tersebut pada 24 Januari lalu.

Beliau berkata, pada mulanya, ahli perniagaan terbabit tertarik untuk melabur dalam skim yang ditawarkan di laman Facebook.

“Skim pelaburan itu mendakwa disenarai dalam Bursa Malaysia. Mangsa tertarik untuk melabur setelah melihat tawaran menarik yang dipautkan di dalam laman web syarikat tersebut.

“Mangsa kemudiannya telah melakukan pelaburan keseluruhan RM688,300 yang dilunaskan menerusi 19 transaksi di 12 akaun bank berbeza setelah dijanjikan keuntungan RM2 juta,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, kesemua transaksi berkenaan dilakukan menerusi laman web terbabit.

Tambah beliau, sepanjang tempoh sebelum pelaburan matang pada 24 Januari lalu, mangsa mendakwa boleh melihat graf pergerakan saham syarikat tersebut di Bursa Malaysia menerusi laman web berkenaan.

“Bagaimanapun, sewaktu mahu mengeluarkan RM2 juta yang telah dijanjikan sebaik tiba tarikh matang, dia tiba-tiba diarahkan untuk melunaskan pembayaran pengeluaran sebanyak satu peratus daripada nilai keuntungan sepatut diterima.

“Mangsa enggan membayar menyebabkan dia kemudiannya disekat daripada mengakses laman web terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI