fbpx

KPM salur peruntukan lebih RM700 juta untuk BAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika ditemui pemberita di Kampus Kejuruteraan USM di Nibong Tebal, hari ini.

SEBERANG PERAI – Peruntukan lebih RM700 juta yang disalurkan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berperanan meringankan perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan Mac ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, program penyerahan bantuan itu masih berjalan dan dijangka selesai pada 11 Februari ini.

“Sebentar tadi bantuan penyerahan menyaksikan sumbangan Kerajaan Madani untuk negeri Pulau Pinang melibatkan peruntukan lebih RM30 juta yang telah diserahkan kepada lima Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Peruntukan keseluruhan bagi BAP ini berjumlah lebih RM700 juta membabitkan lima juta pelajar di seluruh negara dan ia dijangka selesai 11 Februari (minggu depan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Sesi Libat Urus bersama Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Penyerahan Cek BAP Pulau Pinang di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI