fbpx

Penyokong ‘Bossku’ kecewa, harap Najib dapat pengampunan penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Muhammad Imran dan Najib

PUTRAJAYA – Penyokong kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan perasaan kecewa apabila bekas Presiden UMNO itu hanya diberikan pengurangan hukuman dan bukannya pengampunan penuh.

Bagaimanapun, Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz menyifatkan pihaknya kekal menghormati keputusan dibuat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Kami agak kecewa dengan keputusan itu kerana mengharapkan Najib mendapat pengampunan penuh.

“Kami penyokong Bossku kekal berpendirian beliau tidak bersalah dan ia satu ketidakadilan besar yang berlaku ke atas Najib,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mengulas lanjut, katanya, keputusan Lembaga Pengampunan juga dilihat sebagai sesuatu yang dapat dijangka.

“Dalam hal ini, kami penyokong Bossku kekal untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) kerana keadilan terhadap Najib masih tidak ditegakkan.

“Ia juga dilihat dipandang remeh oleh kepimpinan tertinggi UMNO walaupun berada dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar beliau.

Susulan keputusan itu, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu
23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI