fbpx

Penguat kuasa ditahan terima rasuah RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Tindakan seorang penguat kuasa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000 bagi melindungi aktiviti penjualan dadah memakan diri apabila dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dicekup kira-kira pukul 9 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah di sini.

“Suspek ditahan selepas disyaki menerima rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik individu lain pada 2021,” katanya di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan RM10,000 oleh seorang penjamin tanpa deposit. Suspek akan dituduh pada 5 Februari 2024 di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI