fbpx

Penduduk kampung temui 4 tahanan Rohingya lolos depoh imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT tahanan Rohingnya (duduk) yang berjaya ditemui oleh penduduk Perkampungan Orang Asli Sanding, Bidor, Tapah petang semalam.

TAPAH – Seramai empat daripada 131 orang tahanan yang meloloskan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor di sini berjaya ditangkap oleh penduduk Perkampungan Orang Asli Sanding kira-kira 15 kilometer daripada depoh tersebut pada pukul 3.30 petang tadi.

Menurut seorang pesara bomba, Mohamad Yunus Abu, rakannya yang bekerja di sebuah kolam ikan berhampiran kampung itu memaklumkan mengenai kelibat empat tahanan lelaki warga Rohingnya itu.

“Saya dan rakan-rakan terus menelefon polis dan menjejak kira-kira 500 meter sebelum berjumpa dengan mereka.

“Mereka saya lihat keletihan dan tidak mampu berlari. Saya meminta mereka membuka baju dan menyerahkan sebarang peralatan tajam demi keselamatan kami,” katanya ketika ditemui di sini petang tadi.

Keempat-empat lelaki warga Rohingnya itu berusia dalam lingkungan 17 hingga 22 tahun.

Sementara itu, tok batin kampung tersebut, Aziz Mah Meruang berharap saki baki tahanan itu dapat ditemui kerana khuatir akan keselamatan penduduk kampung khususnya remaja dan wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI