fbpx

Pemilik syarikat dituduh tipu tawaran pakej umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik syarikat pelancongan dan umrah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu dan memperdaya seorang lelaki berkaitan pakej umrah. -Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Seorang pemilik syarikat pelancongan dan umrah didakwa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berkaitan pakej umrah sehingga menyebabkan kerugian lebih RM115,0000.

Tertuduh, Muzzamil Soliheen Musa, 47, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Muzzamil dituduh menipu lelaki berusia 53 tahun sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM115,030 pada 23 Januari hingga 30 Januari 2023 di syarikat Effah Travel Sdn. Bhd. di Nilai di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M. Kalaivaanan, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Musthafa.

Mohamad Kamil menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai berdekatan setiap bulan, menyerahkan pasport  kepada mahkamah dan tidak boleh mengganggu saksi sehingga kes selesai.

Sementara itu, di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang wanita berusia 31 tahun untuk menyerahkan wang RM51,330 atas tujuan sama di sebuah syarikat berbeza pada 13 Januari hingga 23 Februari 2023.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI