fbpx

Nenek, cucu perempuan ditemui rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang nenek bersama cucu perempuannya ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Matan, Ranau malam tadi. -Foto JBPM

RANAU – Seorang nenek bersama cucu perempuannya ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Matan malam tadi.

Difahamkan, ketika kejadian, mayat Jafflan Sigal, 60, dan cucunya dikenali sebagai Carla berusia empat tahun ditemui di dalam bilik oleh pasukan bomba sejurus api dipadamkan.

Kedua-dua mangsa dikata tinggal bersama seorang lagi ahli keluarga namun salah seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 10.53 malam.

“Sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudiannya digerakkan ke tempat kejadian. Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba bertugas terus memadamkan kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal.

“Selepas kebakaran berjaya dipadamkan, anggota bertugas yang membuat pemeriksaan menemui dua mangsa rentung di dalam bilik tidur,” katanya.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI