fbpx

Menang RM20,000 daftar perjalanan di MyPLUS-TTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aplikasi My-PLUS TTA yang telah dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengguna lebuh raya kendalian Plus Malaysia Berhad (Plus) berpeluang memenangi baucar membeli-belah bernilai RM20,000 dengan mendaftarkan perjalanan di aplikasi MyPLUS-TTA.

Menurut Plus, seramai 115 pengguna jalan raya yang mendaftar menerusi aplikasi tersebut dan mematuhi waktu perjalanan sempena Tahun Baru Cina di antara 8 hingga 13 Februari bakal dipilih sebagai pemenang.

“Lima belas pemenang akan menerima hadiah utama yang berupa baucar beli belah yang bernilai RM1,000 setiap satu.

“Selain itu, 100 pemenang saguhati pula bakal menerima 8,800 mata ganjaran PLUSMiles yang dikreditkan ke dalam akaun mereka.

“Mata tersebut boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran menarik seperti baucar kredit e-dompet atau aneka makanan dan minuman di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terpilih sepanjang lebuh raya Plus,” katanya.

Malah, pengguna yang telah mendaftarkan pilihan waktu perjalanan mereka menerusi aplikasi MyPLUS-TTA bakal mendapat akses kepada notifikasi maklumat trafik terkini terus ke telefon bimbit masing-masing berdasarkan destinasi dan tarikh perjalanan yang telah dipilih.

Menurut Plus, trafik pada cuti Tahun Baru Cina dijangka akan meningkat sehingga mencecah dua juta kenderaan sehari.

Aplikasi My-PLUS TTA yang telah dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini, merupakan pendekatan digital Plus bagi membantu orang ramai merancang dan memilih masa perjalanan yang paling sesuai.

Inisiatif tersebut adalah komitmen dan sebahagian usaha Plus untuk meningkatkan keselesaan para pengguna lebuh raya semasa musim perayaan menerusi pengagihan trafik berdasarkan data dan pola perjalanan pada musim-musim perayaan yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI