fbpx

Culik lelaki Palestin: 13 individu gagal dapat jamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada tertuduh keluar dari Mahkamah Sesyen di sini hari ini. -Foto oleh FARIZ ROSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai 13 individu yang dituduh menculik seorang lelaki warga Palestin dua tahun lalu, gagal dalam permohonan mereka untuk dilepaskan dengan jaminan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Siti Aminah Ghazali memutuskan demikian selepas menolak permohonan kesemua permohon untuk dilepaskan dengan jaminan bagi pertuduhan itu.

“Mahkamah memutuskan bahawa permohonan kesemua tertuduh itu ditolak dan mereka direman sehingga perbicaraan kes selesai,” kata hakim itu.

Pemohon-pemohon itu ialah Edy Ko’im Said, 42, Mohamad Norakmal Hassan, 43, Dody Junaidi, 44, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 41, Mohamad Naziree Mustapha, 41; Faizull Hardey Mohd Isa, 42; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 27.

Selain itu ialah Mohamad Sufian Saly, 25; Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 23; Nidarahayu Zainal, 36; dan Raibafie Amdan, 41; Mohd Zaidi Mohd Zain, 56, dan Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 51.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa dengan secara niat bersama telah menahan Omar Z.M Albelbaisy Raeda, 31, dengan cara tidak berpatutan untuk mendapatkan ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Mayang di sini pukul 10.40 malam pada 28 September lalu (2022) yang didakwa
didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun sehingga maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa dituduh pada Oktober tahun lalu tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua pemohon yang juga tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pada 6 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan kesemua tertuduh untuk kes itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Pertuduhan terhadap mereka kemudian dibacakan semula di Mahkamah Sesyen pada 19 Januari lalu dan kesemua tertuduh membuat permohonan untuk dilepaskan dengan jaminan.

Kes itu dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh manakala pemohon-pemohon diwakili peguam Kelvin Sidhu, Norma Go, Muhammad Amin Abdullah dan peguam Wan Muhd. Ariff Ameer Wan Normazlan.

Kosmo! 5 Oktober lalu melaporkan seorang lelaki warga Palestin yang diculik menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berjaya diselamatkan dalam kejadian pada 28 September lalu.

Mangsa dipercayai ahli perniagaan itu berjaya diselamatkan menerusi serbuan berasingan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 29 September.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI