fbpx

‘Alhamdulillah, ‘Bossku’ akan pulang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PETALING JAYA – Pengumuman pembebasan awal Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hari ini memberi sinar kepada barisan penyokong bekas Presiden UMNO itu.

Menerusi kenyataan Lembaga Pengampunan, Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 iaitu enam tahun lebih awal daripada tempoh hukuman sepatutnya.

Bekas Perdana Menteri itu turut menerima pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 pada 29 Januari lalu.

Berita baik itu turut dikongsikan di media sosial Najib dan rata-rata pengikutnya meluahkan rasa syukur dan tidak sabar menantikan kepulangan ‘Bossku’.

“Alhamdulillah, ‘Bossku’ akan pulang. Masanya hampir tiba, kami mendoakan semoga ada pengampunan seterusnya selepas ini. Kami tahu Datuk Seri tidak salah, teruskan berjuang,” kata Tahir.

“Semoga Bossku sihat bila keluar nanti dan boleh jadi next PM (Perdana Menteri seterusnya), kami sentiasa sokong dan tak pernah berpaling tadah,” kata Syafinaz.

“Harga sebuah pengorbanan, tidak abang Datuk Seri. Kami sedia menanti kepulangan Datuk Seri, sekejap sahaja untuk empat tahun itu, moga Datuk Seri terus kuat dan pulang dengan semangat baru selepas ini,” komen Malik Zainal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI