fbpx

100 anggota JIM, PGA ditambah buru 130 tahanan lari di Bidor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin

PUTRAJAYA-Seramai 100 anggota terdiri daripada Jabatan Imigresen (JIM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) ditambah pagi ini bagi meneruskan misi memburu 130 etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Bidor semalam.

Pertambahan angggota itu bagi membantu seramai 275 anggota pelbagai agensi seperti JIM, PGA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dikerahkan sejak malam semalam untuk mengesan tahanan tersebut.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, JIM dengan kerjasama beberapa agensi lain sedang giat menjalankan operasi bagi menangkap semula 130 tahanan dari 131 tahanan yang melarikan diri.

Katanya, satu tahanan telah disahkan meninggalkan dunia akibat kemalangan jalan raya.

“Pada pagi ini, seramai 100 anggota terdiri daripada JIM dan PGA telah ditambah untuk meneruskan misi pengesanan tahanan.

“Pihak kami memohon jasa baik orang awam yang mempunyai maklumat terhadap tahanan yang melarikan diri untuk hubungi Bilik Gerakan Depot Imigresen Bidor di talian 05-4348736,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, orang awam juga boleh menghubungi Balai Polis Bidor (05-4342222) dan Balai Polis Tapah (05-4011222) untuk menyalurkan maklumat.

Semalam, kumpulan etnik Rohingya yang merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Bidor, Perak dilaporkan melarikan diri pada pukul 9.50 malam.

Kesemua mereka yang berada bawah seliaan JIM telah melarikan diri dan Op Tutup dijalankan di beberapa kawasan termasuk daerah Muallim bagi menjejaki kumpulan itu.

Difahamkan, seorang daripada mereka dilaporkan maut dalam kemalangan di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI