fbpx

MHC bubar skuad hoki kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUBAHAN (tengah) menyerahkan segala urusan berhubung pemilihan jurulatih baharu skuad kebangsaan kepada Jawatankuasa Kejurulatihan yang dijangka bermesyuarat dalam masa terdekat.

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan skuad lelaki kebangsaan dibubarkan dengan pemain-pemain skuad senior dan remaja akan kembali ke kelab masing-masing bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan, pasukan kebangsaan akan dibina semula berdasarkan penilaian terhadap prestasi setiap pemain dalam saingan MHL 2024 yang membuka tirainya hari ini.

Berdasarkan pembubaran tersebut, Arul Selvaraj kini bukan lagi ketua jurulatih skuad kebangsaan memandangkan kontrak bekas pengendali Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu berakhir sebaik kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 tamat 21 Januari lalu.

“Kita memang sudah bubar pasukan kebangsaan lelaki dan remaja lelaki, jadi pemain-pemain akan kembali beraksi bersama kelab masing-masing. Oleh itu, kita tidak ada pasukan kebangsaan sekarang kerana semua kontrak jurulatih (kebangsaan) sudah tamat.

“Pasukan kebangsaan akan dibentuk semula sebaik sahaja saingan liga berakhir nanti. Berhubung pasukan wanita kebangsaan, ia masih kekal, tetapi tidak pasti sama ada jurulatih akan kekal atau tidak,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam.

Untuk rekod, skuad Speedy Tigers sebelum ini gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas sekadar menamatkan temasya Sukan Asia di Hangzhou, China tahun lalu di kedudukan keenam.

Kemudian, mereka juga gagal memanfaatkan peluang kedua untuk melangkah ke Olimpik Paris apabila mengakhiri aksi pusingan kelayakan di Muscat, Oman di tempat kelima.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memberi amaran untuk menghalang mana-mana pengadil bertugas di peringkat antarabangsa sekiranya enggan membantu bertugas pada perlawanan liga tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI