fbpx

Kompleks Air Panas Gadek berwajah baharu, dibuka April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF (tiga dari kiri) ketika melawat sebuah chalet di Kompleks Air Panas Gadek di Alor Gajah, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Kompleks Air Panas Gadek di sini seluas 4.15 hektar yang berkonsepkan resort spa dan kesihatan akan dibuka kepada pengunjung pada pertengahan April ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, projek yang menelan kos bernilai RM18.4 juta itu dimulakan pada 11 Ogos 2021 dan dijangka siap sepenuhnya 20 Februari ini.

Kata beliau, ketika ini kemajuan projek telah mencapai tahap 95 peratus.

“Projek ini mengikut jadual yang telah ditetapkan dan pihak kontraktor sedang menyiapkan kerja-kerja kemasan terakhir, siap kelak kompleks ini dilengkapi pelbagai kemudahan moden antaranya hotel, chalet, spa keluarga, surau, tandas dan bilik persalinan, taman tema air, restoran serta dewan terbuka.

“Harga (kadar bayaran) akan diputuskan kemudian setelah kita dapat (melantik) pihak yang akan menguruskan kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Kompleks Air Panas Gadek, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, beliau optimis jumlah kehadiran pengunjung akan meningkat memandangkan kompleks itu kini menawarkan suasana dan kemudahan lebih selesa.

Menurutnya, suhu air antara 42 hingga 56 darjah celsius juga boleh digunakan sebagai terapi oleh orang ramai.

“Air panas ini telah wujud sejak ratusan tahun dahulu dan projek ini dilaksanakan setelah mengambil kira jumlah kedatangan yang luar biasa sebelum ini. Justeru, saya yakin kompleks ini bakal menjadi satu lagi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI