fbpx

Guna alat sumpit, ubat cecair pelali untuk curi lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan yang dirampas dengan tertangkapnya dua lelaki susulan kes kecurian lembu di Felda Pasoh 3, semalam. - IHSAN POLIS

JEMPOL – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri lembu di daerah ini dengan tertangkapnya dua individu berhubung kes kecurian lembu di Felda Pasoh 3, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 1.37 tengah hari semalam yang menyatakan kehilangan sebanyak 12 ekor lembu dipercayai dicuri di kawasan kebun felda tersebut.

Menurutnya, bertindak di atas laporan yang diterima, pihak polis telah berjaya menangkap dua lelaki berusia 42 dan 45 tahun dipercayai terlibat mencuri lembu yang dilaporkan hilang.

“Modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini ialah dengan menggunakan alat menyumpit dan ubat cecair pelali bagi melemahkan lembu-lembu yang dicuri. Lembu berkenaan juga dipercayai diangkut menggunakan lori.

“Malah, lima ekor lembu milik pengadu yang hilang telah dijumpai semula di dalam kandang salah seorang tertuduh dan beberapa barang rampasan juga telah dirampas daripada milik lelaki yang ditangkap,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, baki lembu yang hilang dipercayai sudah dijual pada kenalan dan suspek kini telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 kanun prosedur jenayah selama empat hari bermula hari ini sehingga empat Februari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan pihak polis juga sedang mengesan seorang lagi ahli sindiket yang masih bebas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI