fbpx

Kapal dagang tenggelam di Vietnam, anak kapal warga Malaysia selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian kapal dagang tenggelam di kawasan perairan Pulau Con Dao di Vietnam semalam dilaporkan selamat.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang juga anak kapal terbabit sudah menerima rawatan lanjut oleh pihak berkuasa Pulau Con Dao.

“Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden berkenaan dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.

“Warga Malaysia itu adalah kru kapal dagang milik Malaysia, Samudra Indah II yang tenggelam di kedudukan 90 batu nautika dari bandar Vung Tau di wilayah Ba Ria-Vung Tau di kawasan perairan Pulau Con Dao,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City di No 109 Nguyen Van Huong Thao Dien Ward, Thu Duc City Ho Chi Minh City, Republik Sosialis Vietnam.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian +84 (0) 28-3829 9023 atau +84 (0) 76 564 9660 (untuk kecemasan) atau melalui emel [email protected],” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI