fbpx

Jangan buat kesimpulan sendiri berhubung pengampunan Najib – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang kesimpulan sendiri berhubung isu keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan memaklumkan, isu berkenaan juga ada disentuh menerusi mesyuarat Jemaah Menteri sebentar tadi.

“Kita ada bincang tapi perkara yang khusus berkaitan Lembaga Pengampunan itu akan diselaraskan oleh Lembaga Pengampunan sama ada mengenai kenyataan dan sebagainya,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengulangi bahawa semua pihak termasuk media tempatan dan luar negara harus menunggu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan.

“Seperti yang rakan-rakan media semua sedia maklum, saya telah sebelum ini menyatakan bahawa kita perlu tunggu untuk kenyataan media. Maka saya minta media di dalam dan luar negara untuk kita tunggu kenyataan rasmi.

“Kita tunggu kenyataan rasmi dan ikut proses seterusnya, kalau tak nanti ia akan menimbulkan pelbagai reaksi. Bagi saya kita perlu menonjolkan profesionalisme dalam membuat pelaporan,” ujarnya.

Fahmi turut mengakui beliau ada bertemu dengan wartawan media asing, namun menafikan menjadi sumber kepada pelaporan berkenaan.

“Malangnya saya telah bertemu dengan wartawan media asing (namun) bukan saya yang menjadi sumber yang kononnya menyampaikan maklumat itu.

“Tetapi saya minta bantuan kepada semua rakan-rakan media jangan buat sebarang kesimpulan sendiri dan kita tunggu kenyataan rasmi keluar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI