fbpx

Wanita Thailand jadi tokan dadah di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELBAGAI jenis dadah ditemui pihak polis dalam serbuan di sebuah premis di Taman Saga, Malim, Melaka, Ahad lalu.

MELAKA – Tiga individu termasuk dua wanita warga Thailand diberkas polis selepas terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM650,000 di sebuah rumah di Taman Saga, Malim, di sini.

Suspek berusia 25 hingga 27 tahun itu diberkas sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada pukul 8.15 malam, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Md. Nazri Zawawi berkata, pemeriksaan di premis terbabit telah menjumpai pelbagai jenis dadah dan sepucuk pistol jenis CZ 85 H.

“Dadah ditemui adalah cecair ketamin sebanyak 279,840 mililiter (ml), erimin 5 (551 gram (g), ekstasi (26 g), ketamin (6,734 g), serbuk ketamin (5,250 g) dan serbuk ekstasi (1,224 g).

“Kesemua bekalan itu boleh digunakan oleh seramai 69,597 penagih yang bernilai keseluruhannya RM650,369,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tambahnya, polis turut merampas barang kemas dan sebuah kereta Proton Saga BLM yang bernilai kira-kira RM39,147 serta wang tunai berjumlah RM803.

“Kita percaya sindiket ini telah aktif sejak empat bulan lalu dan dadah ini dijual kepada penagih tempatan.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati kesemua mereka negatif, namun seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Md. Nazri berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 4 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI