fbpx

Wanita cedera ditikam gara-gara salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita cedera ditikam selepas berlaku salah faham dengan seorang lagi wanita lain di hadapan sebuah rumah di Batang Kali.

HULU SELANGOR – Seorang wanita cedera di bahagian perut dan beberapa bahagian tubuh yang lain selepas ditikam oleh seorang wanita lain di hadapan rumahnya di Batang Kali, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.04 petang tadi, dan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan suspek.

Beliau berkata, suspek yang berusia 31 tahun bertindak menikam perut mangsa menggunakan pisau pemotong sayur berukuran 26.5 sentimeter.

“Mangsa berusia 27 tahun yang mengalami luka di perut, selain cedera pada bahu, tangan kanan dan kiri serta kepala kemudian dikejarkan ke Hospital Selayang.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek yang juga rakan kepada kakak mangsa kira-kira pukul 6 petang hari sama di sekitar kawasan Batang Kali,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu Ahmad Faizal berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan pihaknya akan memohon tahanan reman ke atas suspek di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ahmad Faizal turut meminta masyarakat tampil memberi maklumat kepada pihak polis jika mempunyai maklumat berkaitan kes itu dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI