fbpx

Seludup kambing, dua lelaki didenda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai JPV Terengganu menasihati Muhammad Hafihnizam (kiri) dan Mohammad Sharif selepas mereka didenda RM10,000 atas kesalahan menyeludup 78 ekor kambing di Mahkamah Majistret Setiu hari ini.

SETIU – Gara-gara menyeludup 78 ekor kambing jantan pada bulan lalu, dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menjatuhkan hukuman demikian selepas Muhammad Hafihnizam Idris, 30, dan Mohammad Sharif Abd. Rahman, 23, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau memerintahkan dua Orang Kena Saman (OKS) itu dipenjara 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan dan mengarahkan hasil jualan 78 kambing jantan bernilai RM22,951.20 berkenaan dilucutkan hak sebagai hasil kerajaan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa memindahkan 78 kambing bernilai keseluruhan RM22,951.20 tanpa perakuan kebenaran pindah dan kesihatan veterinar daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu.

Muhammad Hafihnizam dan Mohammad Sharif didakwa memasukkan setiap seekor kambing itu ke dalam guni sebelum memindahkannya dengan menggunakan sebuah lori jenis Isuzu.

Perbuatan OKS didakwa dilakukan di tepi jalan Kampung Penarik di sini pada pukul 7.50 petang, 13 Disember 2023.

Kosmo! 15 Disember 2023 melaporkan JPV Terengganu berjaya mematahkan cubaan menyeludup 78 ekor kambing dipercayai dari negara jiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI