fbpx

Mayat peniaga kosmetik terdampar di Pantai Suri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Suri, Kota Bharu malam tadi. .FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Mayat yang ditemukan terdampar di pesisir Pantai Suri, di sini petang semalam disahkan peniaga kosmetik yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong minggu lalu.

Pengesahan itu dibuat isteri mangsa selepas membuat pengecaman berdasarkan seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh Norhisyam Ismail, 43, sebelum kejadian.

Seorang saksi, Mohd. Faiza Ibrahim, 44, berkata, dia mengetahui terdapat mayat terdampar di pantai itu selepas dihubungi rakannya yang memancing di lokasi berkenaan kira-kira pukul 6 petang.

Menurutnya, rakannya yang berusia dalam lingkungan 30-an sedang mencari bekas untuk menimba air dari perahunya sebelum terhidu bau busuk. Dia kemudian menjejaki bau busuk sebelum terjumpa mayat terdampar di pesisir Pantai Suri.

“Selepas menghubungi talian kecemasan, saya membawa pihak polis dan salah seorang ahli keluarga mangsa untuk membuat pengecaman,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian malam tadi.

Mohd.Faiza memberitahu, seorang wanita mengesahkan mayat itu merupakan suaminya selepas melihat seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh mangsa sebelum kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jeti Kuala Besar di sini dengan bot bomba.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang peniaga produk kosmetik sempat menghubungi bapa mentuanya agar datang mengambil keretanya yang rosak sebelum dia terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong pada 15 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI