fbpx
THEERATHON (kiri) berada dalam radar Selangor, namun mungkin berdepan masalah disebabkan gajinya yang agak besar. – AFP

Gergasi Merah intai khidmat Theerathon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGURUSAN Selangor FC tidak menafikan kualiti yang ada pada Theerathon Bunmathan dan melabel bintang Thailand itu mampu menghadirkan impak besar kepada mana-­mana pasukan diwakilinya.

Bagaimanapun, kekangan kos mungkin menjadi halangan buat Gergasi Merah untuk mendapatkan Theerathon, namun pengurusan tertinggi pasukan itu kini sedang mengintai ­peluang bagi membawa masuk lebih banyak penaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal ­Hamidon menjelaskan, pihak­nya mendapati pemain pertahanan itu masih lagi memiliki kontrak dengan Buriram United dan yuran perpindahan juga akan membabitkan nilai yang cukup besar.

“Theerathon pemain berkua­liti di Asia Tenggara dan berkelas Asia. Kekangan terbesar adalah faktor kewangan dan saya difahamkan gajinya di Thailand agak besar. Namun, sebenarnya ramai pemain Thailand bagus, tetapi kebanyakan mereka ada kontrak dan gaji besar.

“Kita kena bayar yuran perpindahan yang besar, jadi kita kena berbelanja ikut apa yang kita ada. Namun, tidak diragukan lagi kata-kata penyokong bahawa Theerathon adalah pemain yang bagus,” katanya.

Dalam masa sama, Johan mengakui, pihaknya melihat kepada data sebelum menandatangani seseorang pemain import, namun tidak menafikan ­Selangor sering tidak bernasib baik apabila ada pemain yang gagal menyerlahkan potensi seperti diharapkan.

“Sebelum ini pun kita melihat kepada data untuk menilai pemain dan kita manfaatkan maklumat yang kita ada. Selaluya kita juga akan hubungi kelab yang seseorang pemain itu ­pernah wakili.

“Aspek luar padang juga penting untuk memastikan seseorang pemain import itu tidak terganggu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN