fbpx

Dua ditahan libas parang bergaduh di kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan sekumpulan individu bergaduh menggunakan senjata parang di sebuah kedai makan di Taman Impian Emas, Skudai, Johor baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Dua suspek yang dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan bersenjatakan parang di sebuah restoran di Taman Impian Emas, Skudai, di sini telah ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kedua-dua suspek yang berusia 40 dan 38 tahun.

Katanya, suspek pertama ditahan pada pukul 12.15 tengah malam di tepi Jalan Putih, Skudai, manakala suspek kedua ditahan pada pukul 1 pagi di sebuah rumah di Masai.

“Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga 31 Januari depan,”katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 45 saat di media sosial yang memaparkan mengenai insiden pergaduhan terbabit.

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa lelaki bersenjatakan parang menetak seorang individu lain di dalam sebuah kedai makan sebelum mereka meninggalkan premis tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI