fbpx

[VIDEO] Setiap pertemuan pasti ada perpisahan – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah sebak ketika menyampaikan titah pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi menerima kehadiran Seri Paduka Baginda berdua.

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook berkata, Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika berangkat bersama Raja Permaisuri Agong bagi menyempurnakan Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Pada majlis tersebut, Al-Sultan Abdullah kelihatan sebak sehingga menitiskan air mata ketika bertitah.

“Seri Paduka Baginda juga menzahirkan bahawa lumrah dunia, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

“Akan sampai masanya untuk Seri Paduka Baginda berdua mengundur diri,” tulis Istana Negara.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, barisan Jemaah Menteri dan kepimpinan tertinggi kerajaan Malaysia.

Al-Sultan Abdullah bakal menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Rabu ini.

Seri Paduka Baginda telah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa pada 31 Januari 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI