fbpx
Abdul Halim

Abdul Halim dilantik KP SPRM baharu berkuat kuasa 13 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa pada 13 Mei 2026.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan itu dibuat selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694].

“Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus.

“Ia termasuk meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu kepada Seri Paduka Baginda.

Sebelum ini, Tan Sri Azam Baki mula menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya yang meletak jawatan pada 2 Mac 2020, selepas hanya kira-kira 10 bulan memegang jawatan tersebut.

Beliau dilantik semula sebanyak tiga kali berturut-turut, setiap kali untuk tempoh setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN