fbpx

‘UMNO tidak bergantung KJ, Shahril raih sokongan orang muda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) menunjukkan isyarat bagus di Bagan Datuk hari ini. - Foto AINSAFRE BIDIN

BAGAN DATUK – Parti UMNO memiliki ramai pemimpin muda yang mampu menarik minat pengundi tanpa bergantung dengan Pemuda terdahulu.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu memiliki pelan khusus bagi menambah pemimpin pelapis untuk memimpin Pemuda UMNO selepas tamat tempoh ‘kepemudaan’ seseorang pemimpin tersebut.

Menurutnya, pihak luar mungkin tidak mengetahui berhubung pelan pengkaderan itu sehingga mendakwa parti UMNO ketandusan pemimpin muda.

“UMNO tidak kekurangan pemimpin muda, pemimpin datang dan pergi. Jangan hanya melihat pemimpin muda terdahulu yang boleh pimpin Pemuda dan orang muda.

“Kita lihat selepas orang yang kononnya paling kuat (pengaruh) memimpin Pemuda, dia sendiri tidak dapat undi dalam kalangan orang muda pun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Tuminah Hamidi, Sungai Balai di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen Bangi DAP, Dr. Ong Kian Ming berhubung UMNO ketandusan pemimpin muda selepas bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dipecat manakala bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan pula digantung keahlian.

Kian Ming dilaporkan berkata, walaupun UMNO cuba untuk mengembalikan reputasi dan menjadi berpengaruh menerusi pemimpin muda yang lain, usaha parti tersebut gagal termasuk Ketua Pemuda sekarang, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, selepas Khairy Jamaluddin tidak mempertahankan jawatannya, kepimpinan Pemuda diambil alih Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang memperlihatkan sokongan tokoh-tokoh generasi muda dalam UMNO.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Bagan Datuk akan terus dibangunkan sebagai pusat ilmu dengan penambahan dua lagi institusi pendidikan berbanding empat sekarang, sebelum berakhir tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ini.

Menurut Ahmad Zahid, ia selari dengan pembangunan ekonomi yang sedang dan akan dilaksanakan di daerah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI