fbpx

MKM Travel tawar peluang tunai haji percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Syarikat pelancongan, MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn. Bhd. (MKM Travel) menawarkan peluang menunaikan ibadah haji secara percuma kepada bakal jemaah haji tahun 1445 H/2024.

Pengarah Strategik MKM Travel, Abdul Hadi Abdul Raman berkata, tajaan menunaikan ibadah haji itu diberikan kepada tiga jemaah yang sudah dipilih menunaikan haji bagi musim ini.

“Kami sedang mencari tiga jemaah yang telah terima tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (TH) tahun ini untuk mengerjakan haji secara percuma bernilai RM50,000 setiap orang bersama MKM Travel.

“Bukan itu sahaja, MKM Travel juga ingin menaja ‘wang naik haji’ untuk lima orang lagi jemaah,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi berkata, tawaran tersebut adalah yang pertama dilakukan oleh syarikat MKM Travel dengan niat untuk menghargai rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

Tambah beliau, ia juga adalah salah satu inisiatif kebajikan dan cara MKM Travel memuliakan tetamu ALLAH SWT atau ‘duyufurrahman’.

“Syarat untuk merebut tawaran ini mudah sahaja, selain individu berkenaan telah menerima tawaran tunai haji tahun ini daripada TH, mereka juga mesti berhajat tunaikan haji secara swasta.

“Mereka perlu mendaftar untuk menunaikan haji bersama MKM Travel dan selesai membayar pakej tunai haji bersama syarikat ini,” ujarnya.

Justeru, Abdul Hadi berkata, bakal jemaah haji dipelawa merebut peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup itu dengan melayari Facebook MKM Travel sebelum tarikh tutup penyertaan pada 30 Januari ini.

Untuk rekod, MKM Travel diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai syarikat pelancongan berlesen serta diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13 Oktober 2011.

MKM Travel juga adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan visa umrah dan mempunyai lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI