fbpx

Tanggungjawab moral ahli politik, pesara untuk pilih satu pencen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Zoo Negara merasmikan Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

HULU KELANG – Ahli politik atau pesara kerajaan yang menerima beberapa pencen digalakkan untuk melaksanakan tanggungjawab moral untuk memilih satu sahaja skim pencen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut mampu membantu kedudukan fiskal negara memandangkan ada bekas menteri, menteri besar serta pegawai kerajaan yang menerima tiga ke empat pencen.

“Cuma dari segi moral orang yang dapat gaji Menteri, Menteri Besar atau pekerja jabatan kerajaan yang dapat tiga empat pencen.

“Mungkin melihat keadaan ini, memenuhi tanggungjawab moral dia untuk menolak pencen yang lain dan memilih satu, terserah kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun Ke-60 Zoo Negara di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, kenyataan bahawa perubahan skim pencen perkhidmatan awam hanya terpakai untuk penjawat awam baharu berikutan kakitangan kerajaan terdahulu dan sekarang tetap terikat dengan undang-undang sedia ada.

“Perlembagaan Persekutuan tidak membolehkan kita membatalkan apa yang telah dipersetujui sebelum ini. Yang kita nak mulakan peraturan baharu yang boleh berkuat kuasa setelah diputuskan bagi jawatan-jawatan baharu.

“Ini termasuklah jawatan politik, itu cadangan kita yang kita akan bentang di Jemaah Menteri dan di Parlimen kerana melibatkan beberapa pindaan undang-undang. Jadi, tidak boleh batalkan sedia ada kerana ia sudah terikat dengan perjanjian dan juga jaminan Perlembagaan,” katanya.

Terdahulu, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berpandangan bayaran bulanan diberikan kepada bekas wakil rakyat perlu diteruskan memandangkan itu sumbangan ataupun gratuity kerajaan kepada mereka kerana menjadi wakil rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI