fbpx

Hujan lebat, ribut petir di lapan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan lapan negeri mengalami hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang pada petang ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, MetMalaysia berkata, antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Jelasnya, keadaan cuaca itu akan berlarutan sehingga pukul 6 petang.

“Bagi negeri Kedah, ia melibatkan daerah Kulim, manakala di Pulau Pinang keadaan cuaca itu akan berlaku di kawasan sekitar Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Untuk Perak pula, ia membabitkan kawasan Manjung dan Bagan Datuk, manakala bagi Negeri Sembilan ia melibatkan daerah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Ujar MetMalaysia, di Pahang pula ia melibatkan daerah Bentong dan bagi Johor ia melibatkan kawasan Segamat.

Katanya, keadaan sama turut akan berlaku dikeseluruhan negeri Melaka, manakala di Sarawak ia melibatkan kawasan Miri (Subis, Beluru dan Miri). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI