fbpx

Anwar hulurkan sumbangan kepada Jalil Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farhan yang mewakili Perdana Menteri ketika melakukan lawatan ke rumah Jalil semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan sumbangan kepada pelakon veteran, Jalil Hamid yang kini mengalami masalah kesihatan.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Anwar berkata, sumbangan dan program ziarah ke rumah artis itu telah diwakili Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi.

“Alhamdulillah, semalam Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan melakukan ziarah ke atas seniman Jalil Hamid serta memberikan sedikit sumbangan kepada beliau.

“Saya mendoakan saudara Jalil dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” tulisnya.

Terdahulu Kosmo! pada 1 Disember lalu melaporkan Jalil atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid, 67, mendedahkan dia mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg).

Jali berkata, penyusutan berat badan itu berlaku selepas dia disahkan mengalami masalah jantung dan hilang selera makan sejak setahun lalu.

Malah katanya, dia akan muntah setiap kali selepas makan sehingga memaksanya untuk hanya menjamah hidangan bertekstur lembut atau cair seperti bubur.

“Penurunan berat badan ini juga membuatkan saya tidak stabil ketika berjalan.

“Saya juga sudah tidak boleh memandu kereta jadi isteri yang bantu hantar ke mana-mana,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI