fbpx

Sinner sekat hajat Djokovic raih gelaran ke-25 Grand Slam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNIK Sinner melakukan kejutan membenam cabaran Novak Djokovic pada aksi separuh akhir Terbuka Australia di Melbourne, Australia, hari ini. -AFP

MELBOURNE – Bintang tenis muda Itali, Jannik Sinner melakukan kejutan di Terbuka Australia selepas  menamatkan langkah ‘raja’ Grand Slam, Novak Djokovic untuk merangkul gelaran Grand Slam ke-25 dalam kariernya selepas tumpas di Melbourne Park sebentar tadi.

Pemain pilihan keempat dari Itali itu mempamerkan persembahan yang menakjubkan pada aksi separuh akhir tersebut apabila mencipta kemenangan dua set pertama perlawanan sebelum bangkit membenam Djokovic dengan keputusan 6-1, 6-2, 6-7 (6/8), 6-3.

Juara sepuluh kali Terbuka Australia tersebut terpaksa akur dengan kehebatan Sinner selepas dilihat bergelut untuk bangkit pada set keempat bagi mencerahkan peluangnya untuk ke final sekali gus mampu mencipta sejarah menjulang gelaran Grand Slam kali ke-11 di Melbourne Park.

“Ia adalah perlawanan yang sangat sukar. Saya bermula dengan sangat baik dan pada perlawanan itu dia (Djokovic) dilihat melakukan kesilapan pada dua set pertama.

“Saya rasa prestasi dia tidak berapa baik pada perlawanan ini dan saya cuba terus menekannya untuk memastikan kemenangan menjadi milik saya,” kata Sinner yang melangkah ke final Grand Slam buat kali pertama.

Dalam pada itu, Sinner,22, turut berkata, dia mencipta kemenangan ke atas Djokovic selepas dia belajar sesuatu daripada kekalahannya ke atas jaguh tenis Serbia tersebut pada aksi separuh akhir Wimbledon tahun lalu.

“Saya rasa aksi perlawanan kami sangat sama seperti tahun lalu dan saya hanya perlu mengembalikan semula pukulan ke Djokovic semula. Jadi, saya perlu lakukan terbaik dan soal strategi saya tak boleh beritahu anda,” tambahnya.

Menanti Sinner di pentas final Terbuka Australia pada Ahad nanti ialah antara pemenang Daniil Medvedev atau Alexander Zverev yang berlangsung hari ini di Rod Laver Arena. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI