fbpx

Piala Asia: Malaysia hebat, berjuang sampai habis – Son Heung-min

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Heung-min. IHSAN FACEBOOK KOREA FOOTBALL TEAM

PETALING JAYA – Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min mengakui kehebatan skuad Harimau Malaya apabila berjaya mengikat keputusan seri 3-3 dengan Korea Selatan pada aksi perlawanan terakhir kumpulan E sempena kejohanan Piala Asia 2023, semalam.

Sehubungan itu, Heung-min yang juga kapten pasukan Korea Selatan berharap agar pasukan Harimau Malaya dapat terus bekerja secara positif susulan keputusan berkenaan.

“Seperti yang saya saya katakan sebelum ini, Malaysia melakukan kerja yang hebat dan mereka berjuang sehingga tamat. Ia benar-benar bagus untuk dilihat sebagai peminat bola sepak.

“Walaupun saya tidak tahu sama ada mereka layak mendapat tiga gol tetapi pada akhirnya mereka berjaya menjaringkan tiga gol dan mendapatkan mata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perlawanan antara Korea Selatan dan Harimau Malaya yang berlangsung di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar, semalam.

Mengikat kedudukan seri 3-3, keputusan itu menyaksikan Korea Selatan kekal di posisi kedua Kumpulan E dengan mengumpul lima mata sementara Malaysia membawa pulang satu mata.

Bagaimanapun, bagi pasukan Korea Selatan, Heung Min meluahkan kekecewaan berhubung keputusan tersebut.

“Untuk jurulatih (Malaysia), Kim Pan-gon, saya sangat gembira untuk mereka tetapi untuk pasukan kami, ia satu keputusan yang mengecewakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI