fbpx

Lesap RM4 juta dijerat saham tawar untung 380 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Akibat mahukan keuntungan cepat dan banyak, seorang wanita warga emas berputih mata selepas terpedaya sindiket tipu pelaburan saham bernilai RM4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, satu laporan diterimanya daripada mangsa yang juga suri rumah, semalam.

“Siasatan awal mendapati, mangsa telah melihat iklan pelaburan tersebut semasa melayari laman sosial dan kemudiannya menekan pautan yang diberikan.

“Mangsa seterusnya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan itu dan diberikan kelas, tips dan nota berkaitan pelaburan yang ditawarkan selain dijanjikan pulangan sebanyak 380 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ di sini, hari ini.

Beliau berkata, terpedaya dengan taktik yang digunakan, pengadu telah membuat pindahan wang ke 11 akaun syarikat yang diarahkan.

Katanya, jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan bernilai kira-kira RM4 juta.

“Sehingga kini, mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan keuntungan dan siasatan dijalakan polis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Ramli turut memaklumkan pihaknya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel milik Petronas susulan penahanan sembilan individu di Sabah dan Sarawak, pada 9 hingga 11 Januari lalu.

Jelas beliau, Op Khas 1/2024 tersebut dijalankan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Papar, Kota Marudu di Sabah serta Miri, Sarawak.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia 32 hingga 61 tahun membabitkan kapten kapal, jurutera perkapalan, anak kapal, ejen penjual an pembeli minyak.

“Turut dirampas sejumlah telefon bimbit pelbagai jenama.

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan, kegiatan penyelewengan minyak diesel ini telah berlaku pada awal tahun 2023. Dalam kes ini, sebuah kapal marin yang beroperasi dengan pihak Petronas dikesan telah melakukan penjualan minyak diesel milik Petronas tanpa kebenaran,” katanya.

Susulan itu, pda 17 Januari lalu, seorang suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 3, Kota Kinabalu, Sabah dan dituduh di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek yang merupakan kapten kapal berusia 60 tahun telah mengaku salah dan dihukum penjara selama 18 bulan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI