fbpx

Wanita dalam perjalanan ke kuil Batu Caves disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Seorang wanita warga Sri Lanka ditahan selepas disyaki terbabit kes samun rantai emas di tepi jalan berhampiran kuil di Batu Caves, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu, seorang wanita berusia 64 tahun dalam perjalanan ke kuil bersama dua orang cucunya.

Jelas beliau, setibanya di lokasi kejadian seorang wanita warga asing berusia 64 tahun telah menolak badan mangsa dan cuba menarik rantai leher emas miliknya.

“Ketika kejadian berlaku, terdapat saksi awam yang melihat perbuatan suspek. Saksi bertindak menjerit menyebabkan suspek melepaskan rantai yang ditarik.

“Susulan itu, rantai telah terputus lalu jatuh di atas jalan sebelum suspek cuba melarikan diri,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Noor Ariffin, suspek telah ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Yap Chin Chua di talian 019-9969469,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI