fbpx

Pengeluaran biji koko Malaysia menurun 225,000 kepada 500 metrik tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika mengadakan lawatan kerja rasmi bersama pengurusan Lembaga Koko Malaysia (LKM) semalam.

PETALING JAYA – Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan, pengeluaran biji koko di negara ini jatuh dengan begitu banyak.

Menurut beliau, satu ketika dahulu pengeluaran biji koko Malaysia pernah mencapai sebanyak 225,000 metrik tan berbanding sekarang hanya sekitar 500 metrik tan.

“Saya dapati komoditi koko di Malaysia masih belum mencapai tahap ‘self-sustained’ yang baik.

“Pengeluaran biji koko Malaysia yang dilihat semakin rendah ini telah menyebabkan banyak permintaan industri yang menghasilkan produk koko, kini terpaksa mengimport biji koko dari luar negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Johari berkata, bagaimanapun kerana kebolehan Malaysia yang baik dalam industri produk koko daripada sektor pertengahan dan hiliran menjadikan negara ini sebagai pengisar koko ke-5 terbesar di dunia.

Justeru, katanya, fokus yang baik bagi sektor komoditi koko di Malaysia adalah meningkatkan pembangunan teknologi bagi sektor pertengahan, hiliran serta aktiviti tambah nilai.

Dalam masa sama, katanya, KPK akan mengkaji langkah untuk mengembangkan semula pengeluaran biji koko bagi memenuhi permintaan domestik yang diperlukan secara terancang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI