fbpx

Penganjur perhimpunan jangan ‘play victim’ – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Penganjur himpunan ‘Selamatkan Tanah Air Kita, Suara Rakyat ke Istana Negara’ jangan ‘play victim’ sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan atau disiasat oleh pihak polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana himpunan yang berlangsung semalam di pekarangan Istana Negara adalah tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 berikutan tiada sebarang pemakluman atau notis diserahkan kepada polis.

“Kalau tak maklumkan kepada polis maksudnya mereka tidak patuh kepada akta perhimpunan dan kalau itu mengundang tindakan oleh polis seumpamanya memanggil penganjur, (maka) penganjur tak boleh ‘play victim’ disebabkan keengganan mereka untuk melakukan perkara paling asas iaitu memaklumkan (kepada polis), itu tidak berlaku,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan yang dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (PETA).

Sekretariat tersebut yang mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun untuk menyerahkan memorandum yang dipercayai mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara ketika ini.

Antara yang hadir ke himpunan berkenaan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Syed Hassan Syed Ali.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius insiden berkenaan yang telah mengheret sama institusi Istana Negara menerusi perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Jelasnya, kes tersebut disiasat oleh pasukan petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan mengambil masa selama tujuh hari sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI