fbpx

Gelombang keempat: Mangsa banjir berlindung di 14 PPS meningkat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taman Alamanda 3, Kuala Terengganu yang dilanda banjir kilat semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak 892 mangsa banjir dicatatkan malam ini di dua buah negeri iaitu di Kelantan dan Terengganu

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) aktif setakat pukul 8 malam tadi.

“Setakat ini, mangsa banjir di Terengganu adalah seramai 592 orang membabitkan 176 keluarga.

“Sementara itu, di Kelantan, mangsa banjir yang dicatatkan adalah seramai 300 orang melibatkan 104 keluarga.

Laporan Harian Bencana Nadma turut memberitahu, daerah terlibat bencana banjir di Kelantan ialah di Pasir Putih.

Di Terengganu, kawasan yang dilanda banjir adalah di daerah Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman dan Setiu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Terengganu, Kelantan dan Pahang sehingga esok.

MetMalaysia menerusi sebuah kenyataan berkata, di Kelantan, kawasan yang terlibat adalah di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh negeri sehingga hari Khamis, 25 Januari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI