fbpx

Dres seksi nampak pangkal paha, Bella mengaku silap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA memohon maaf atas keterlanjuran busana yang digayakannya dalam satu acara baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Astillah memohon maaf rentetan keterlanjuran busana mencolok mata dipakai dalam sebuah video TikTok yang dikatakan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dres labuh yang terbelah sehingga menampakkan pangkal paha itu diberikan oleh pihak pereka fesyen.

“Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju tersebut.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju itu hanya untuk reviu sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu berlapang dada menerima setiapa kritikan yang diberikan orang ramai mengenai penampilannya itu.

Malah, dia memberitahu suami juga turut memberi pandangan mengenai setiap busana yang dipakainya selama ini.

“Sebenarnya ketika saya pakai baju itu, bukan untuk berlari-lari tetapi selepas melihat hasil akhir, saya rasakan mungkin kurang sesuai.

“Aliff selalu beri nasihat dan semangat mengenai penampilan. Jadi, itu adalah kesilapan diri sendiri dan tak boleh salahkan sesiapa,” ujarnya.

Terdahulu, tular video memaparkan dia memakai dres berwarna hijau sambil menuruni anak tangga sehingga menampakkan sehingga pangkal paha kerana belahan yang agak tinggi.

Rentetan daripada itu, pakaian yang dipakai menerima kecaman kerana dikatakan mencolok mata dan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI