fbpx

Ahli Parlimen Tanjong Karang isytihar sokong Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkafperi.

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Kapten (B) Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi menjadi Ahli Parlimen keenam daripada blok pembangkang mengisytiharkan sokongannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkafperi menerusi kenyataannya, pengistytiharan sokongan itu dilakukan tanpa sebarang paksaan dan tekanan mana-mana pihak.

Katanya, ia dilakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjong Karang.

“Keputusan ini adalah bertujuan memastikan nasib dan pembangunan penduduk di Parlimen saya terus terbela dan akan mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan infrastruktur dan keperluan setempat.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif kerajaan Madani yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Beliau turut menegaskan masih setia sebagai Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tidak akan mengkhianati parti tersebut.

Sebelum ini, lima ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) yang telah menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) serta Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasa (Bukit Gantang). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI