fbpx

Wang RM41,400 hasil jualan pindah 138 babi dilucutkan hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shi Shen (tengah) ketika hadir mendengar pengurusan kes membabitkan pemindahan 138 ekor babi hidup tanpa kebenaran di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Gara-gara memindahkan 138 ekor babi hidup tanpa kebenaran tahun lalu, semua wang hasil jualan haiwan itu yang dianggarkan bernilai RM41,400 dilucutkan hak daripada seorang pengurus ladang untuk dijadikan hasil kerajaan.

Perkara itu diputuskan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit dalam satu pengurusan kes melibatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang dengan Orang Kena Kompaun (OKK) iaitu Ang Shi Shen, 33, di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Selain melucutkan hak wang jualan daripada OKK, Nurul Rasyidah turut memerintahkan agar sebelas ekor anak babi hidup bersama pasport sebuah ladang babi dipulangkan semula kepada pemilik asal.

Shi Shen sebelum ini dikompaun sebanyak RM3,000 pada 16 Januari lalu selepas mengaku bersalah memindahkan 138 daripada keseluruhan 149 ekor babi hidup itu dari Perak ke Pulau Pinang tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Mei tahun lalu.

Tindakan pemindahan itu diambil selepas satu pemeriksaan yang dibuat di ladang babi yang diusahakan oleh lelaki itu di Bukit Teh di sini mendapati, haiwan-haiwan terbabit terpaksa dilupuskan selepas dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF).

Shi Shen kemudian membayar kompaun tersebut pada hari yang sama dia dikompaun di pejabat JPV negeri sebelum pihak JPV terbabit membuat permohonan untuk mendapatkan perintah daripada mahkamah bagi membolehkan kesemua haiwan yang dipindahkan itu dilupuskan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya JPV negeri, Roziman Awang Tahrin manakala OKK pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Berdasarkan laporan media tahun lalu, sebanyak 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang telah disahkan dijangkiti penyakit ASF dengan jumlah populasi babi yang dijangkiti ketika itu hampir mencecah 70,000 ekor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI