fbpx

Tiada mesyuarat di DUN bincang pelantikan TYT baharu – Pejabat Premier Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. - Gambar hiasan

KUCHING – Pejabat Premier Sarawak menafikan terdapat satu mesyuarat khas diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kelmarin, bagi membincangkan pelantikan Yang di-Pertua Negeri (TYT) baharu.

“Pejabat ini mendapat perhatian bahawa terdapat laporan di media menyatakan telah diadakan mesyuarat khas di DUN bagi membincangkan pelantikan seorang Yang di-Pertua Negeri.

“Dalam hal itu, pejabat ini ingin menjelaskan bahawa tidak ada mesyuarat sedemikian untuk tujuan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan satu laporan berita bahawa sumber yang rapat dengan Astana Negeri Sarawak berkata satu mesyuarat khas diadakan di DUN Sarawak pagi kelmarin, dipercayai bagi membincangkan pelantikan TYT Sarawak kelapan.

Ia bagi menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang akan tamat tempoh perkhidmatan sebagai TYT Sarawak ketujuh pada 28 Februari nanti.

Malah, turut dilaporkan bahawa Taib bakal digantikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, 78, yang juga telah mengemukakan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI