fbpx

Tarif air domestik Terengganu naik minimum 16 sen termasuk caj elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 342,346 pengguna domestik dan bukan domestik air Terengganu akan dikenakan caj elektrik sebanyak 8 sen mulai awal bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Abdul Karim Endut berkata, caj elektrik tersebut bagi menampung perubahan kos elektrik surcaj pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) oleh pembekal elektrik yang sebelum ini diserap operator air tersebut.

Beliau berkata, pengguna domestik negeri ini yang merangkumi 73.8 peratus pemegang akaun Satu juga akan mengalami pelarasan tarif baru air antara lapan sen hingga 10 sen setiap meter padu mengikut tahap penggunaan.

“Pengguna domestik yang mengguna maksimum 20 meter padu air akan dikenakan caj 58 sen termasuk caj elektrik bagi setiap meter padu berbanding RM42 sen sebelum ini.

“Bagi penggunaan antara 20 hingga 35 meter padu pula, kadar baharu ialah 83 sen serta RM1.08 bagi melebihi 35 meter padu,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Satu di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, caj minimum bulanan pengguna domestik juga dinaikkan daripada RM4 kepada RM5.80 berkuat kuasa 1 Februari depan.

Jelas beliau, pelarasan itu turut menyebabkan bil air setiap pengguna domestik dijangka meningkat antara RM1.80 hingga RM7.16 sebulan bergantung kepada tahap penggunaan.

“Kadar tarif pengguna bukan domestik iaitu perusahaan komersil dan bangunan bukan komersil juga naik RM1.08 bagi maksimum 35 meter padu manakala RM1.48 untuk penggunaan melebihinya.

“Masjid, surau, rumah ibadat, institusi kebajikan dan perkapalan turut akan dikenakan caj elektrik sebanyak lapan sen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI