fbpx

Northport, Kaleris laksana Sistem Operasi Terminal Navis 4 pertingkat produktiviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Shah (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Naib Presiden Jualan dan Pengurus Besar Asia Pasifik Kaleris, See Jean Lau di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport)  akan bekerjasama dengan Kaleris untuk melaksanakan Sistem Operasi Terminal Navis N4 (N4) bermula bulan ini sebagai usaha untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan inisiatif operasi hijau di pelabuhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, kerjasama strategik itu adalah penting dalam penambahbaikan Sistem Operasi Terminal sedia ada.

“Seiring dengan usaha untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan terminal kami sebagai sebahagian daripada program Reinventing Northport, penambahbaikan Sistem Operasi Terminal merupakan langkah penting untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan sumber kami.

“Pemantapan sistem ini adalah bukti komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang lancar, cekap dan optimum dalam ekosistem pelabuhan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sejak pengambilalihan Northport oleh MMC pada tahun 2016, pelabuhan ini telah memulakan perjalanan transformasi yang dikenali sebagai Reinventing Northport.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kaleris, Kirk Knauff menerangkan, pihaknya berharap dapat menyokong inisiatif Northport untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kelestarian.

 “Sistem Operasi Terminal Navis N4 kami mencakupi kendalian semua jenis kargo, menjadikannya sistem yang sesuai bagi menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan Northport. 

“Digabungkan dengan inovasi automasi yang diterajui oleh pelanggan, sistem kami berbeza daripada yang lain dalam industri dan memberikan nilai terbaik kepada Northport bagi pelaburan mereka,” ujarnya.

Sistem Operasi Terminal Navis N4 merupakan sebahagian daripada rangkaian penyelesaian daripada pakar perisian pelaksanaan rantaian bekalan, Kaleris. 

N4 menyediakan penyelesaian yang lebih bijak dan menghasilkan pergerakan lebih pantas untuk prestasi yang maksimum. 

Ia akan memberi keupayaan kepada Northport untuk mengendalikan operasi harian dengan cekap, mengurangkan kendalian kontena berulang untuk operasi yang lebih mampan dan mempercepatkan masa pusingan kapal untuk pelanggan. 

Northport akan melaksanakan N4 sebagai sebahagian daripada penyelesaian sepenuhnya dari Kaleris, yang merangkumi perisian pengurusan tenaga kerja dan semua komponen perkakasan dalam pelaksanaannya. 

Sistem Operasi Terminal Navis digunakan di lebih daripada 500 buah pelabuhan di seluruh dunia, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI