fbpx

Konflik Palestin-Israel: 1,000 masjid musnah akibat serangan Israel di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Masjid Sheikh Zayed di Bandar Gaza musnah akibat serangan Israel pada 8 Januari lalu. – ANADOLU

BANDAR GAZA  –  Sebanyak 1,000 masjid di Semenanjung Gaza musnah akibat serangan tentera Israel sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu, demikian menurut pihak berkuasa tempatan seperti laporan agensi berita Anadolu semalam.

“Pembinaan semula masjid-masjid ini memerlukan perbelanjaan sekitar AS$500 juta (RM2.35 bilion),” kata Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Gaza dalam satu kenyataan.

Dianggarkan terdapat 1,200 masjid di wilayah Palestin berkenaan.

Menurut kementerian wakaf, sekurang-kurangnya 100 pendakwah Islam terbunuh dalam serangan berdarah Rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

“Tentera Rejim Zionis turut memusnahkan berpuluh-puluh tanah perkuburan Islam. Mereka menggali dan mencuri jenazah dalam perbuatan yang jelas mencabuli piagam antarabangsa dan hak asasi manusia,” kata kenyataan itu.

Tiada komen daripada pihak berkuasa Israel berhubung tuduhan tersebut.

Menurut kenyataan sama, sebuah gereja, beberapa bangunan pentadbiran, sekolah al-Quran, dan ibu pejabat sebuah bank musnah akibat serangan Israel.

“Kami merayu kepada negara-negara Arab dan Islam serta komuniti Islam untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza,” tambahnya.

Israel menggempur Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu yang  menyebabkan hampir 1,200 orang terbunuh.

Sekurang-kurangnya 25,105 rakyat Palestin pula terkorban, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak akibat serangan balas Israel, manakala lebih  62,681 yang lain cedera. – AGENSI ​

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI