fbpx

Pemandu lori positif tiga jenis dadah ditahan curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Polis menahan pemandu lori selepas disyaki terlibat kes mencuri kabel telekomunikasi di Jalan 5 Taman Ampang Utama, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang juruteknik berhubung kerosakan telefon dialami pelanggannya , kira-kira pukul 11.49 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kabel talian telah dipotong dan dicuri sebanyak empat bahagian pelbagai saiz sepanjang 150 meter bernilai sekitar RM6,000.

“Bertindak diatas laporan, sepasukan anggota polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang juga pemandu lori di Jalan Hujan Gerimis, Overseas Union Garden, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11.10 malam.

“Turut dirampas sebuah lori jenis Mitsubishi, kunci, mesin pemotong dan wayar kabel bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Azam, semakan mendapati suspek positif methamphetamine, ketamin, dan amphetamine selain mempunyai 16 rekod jenayah lampau serta dua rekod lampau dadah.

“Suspek juga disyaki terlibat dengan satu kes di daerah ini dan dua kes di Brickfields, Kuala Lumpur,” katanya.

Kata beliau, suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga Selasa hadapan dan kes disiasat bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI