fbpx

16 nelayan dicekup hisap pil kuda, minum ketum di Bachok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Ismail (tengah) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada seorang penduduk di Pantai Changgong, Bachok hari ini.-Foto ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

BACHOK – Seramai 16 nelayan di daerah ini dicekup selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah terutamanya pil kuda dan ketum sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak lima orang apabila seramai 11 orang nelayan yang ditahan sepanjang 2022.

Menurutnya, kesemua nelayan yang diberkas itu berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun selepas didapati menggunakan pil kuda dan minum air ketum.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bachok menjalankan tangkapan menerusi beberapa serbuan selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

“Meskipun sedikit nelayan yang terlibat dadah, jumlahnya tetap menunjukkan peningkatan. Sebelum ini, kita ada menerima maklumat, segelintir nelayan yang terlibat dengan dadah,” katanya ketika berucap pada Program Community Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama badan bukan kerajaan (NGO) Bachok dan Persatuan Nelayan Kawasan di Pantai Changgong, di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Ismail turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 65 nelayan yang disumbangkan oleh NGO Rakyat Dekat Dihati yang dipengerusikan oleh Mohd. Nasir Said. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI