fbpx

Rahsia tembusi Kemboja, tukar judul Heir of the Black Magic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas meraih kutipan melebihi RM6 juta, filem Rahsia menembusi pawagam di Kemboja bermula pada 15 Januari lalu.

PETALING JAYA – Selepas meraih kutipan melebihi RM6 juta, filem seram versi reboot Rahsia melebarkan pengaruh apabila menembusi pawagam di Kemboja bermula pada 15 Januari lalu.

Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, sambutan terhadap naskhah tersebut menunjukkan penerimaan penonton luar, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada filem terbitan tempatan yang lain.

“Alhamdulillah, sebuah lagi filem tempatan berjaya diangkat dan ditayangkan sehingga ke negara luar.

“Sebagai penerbit yang aktif di Malaysia, kami mengharapkan usaha ini dapat membuka peluang lebih banyak buat filem-filem kita untuk dibawa ke sana.

“Pada masa sama merapatkan jurang karya tempatan di peringkat serantau di samping mampu mengembangkan jenama Astro Shaw di peringkat antarabangsa,” katanya.

Menurut Jesnita, plot serta pengajaran yang digarap di dalam kisah sarat kejutan itu menepati kehendak serta memenuhi cita rasa kaki wayang di rantau ini.

Rahsia mempunyai jalan cerita yang universal dan elemen Nusantara yang diselitkan amat dekat dengan penonton Asia, jadi naskhah ini turut mampu menepati cita rasa penonton di sana,” ujarnya

Bagi pasaran Kemboja, filem terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading ditukar judul kepada Heir of the Black Magic.

Tahun lalu, Rahsia berjaya mencatatkan kutipan pawagam RM6.2 juta.

Filem tersebut merupakan arahan Shamyl Othman yang juga anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham, manakala skrip pula dihasilkan penulis siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.

Rahsia membariskan pelakon Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak serta Qistina Raisah.

Rahsia mengisahkan tentang Ramlah yang pulang bercuti ke rumah bapanya, Tan Sri Karim bersama-sama suami serta dua anak mereka, Marina dan Saiful.

Namun, keadaan bertukar tegang apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di pantai dan Ramlah mula diganggu kelibat anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI